Gaya pembelajaran visual pelajar teknikal menerusi pembangunan koswer berorentasikan grafik dan animasi

Gaya Pembelajaran Visual Pelajar Teknikal Menerusi Pembangunan Koswer Berorientasikan Grafik dan Animasi bertujuan membawa satu kelainan dalam pendekatan terhadap pembelajaran berbantukan komputer. Dalam era globalisasi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), pelajar semakin meminati bahan pengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Madar, Ahmad Rizal, Md Yunos, Jailani
Format: Conference or Workshop Item
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2808/
http://eprints.uthm.edu.my/2808/1/FP%2D067%2DAhmad_Rizal%2DKUiTTHO%2Dtypeset.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya Pembelajaran Visual Pelajar Teknikal Menerusi Pembangunan Koswer Berorientasikan Grafik dan Animasi bertujuan membawa satu kelainan dalam pendekatan terhadap pembelajaran berbantukan komputer. Dalam era globalisasi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), pelajar semakin meminati bahan pengajaran berbantukan komputer sama ada di dalam kelas ataupun semasa mengulangkaji pelajaran di rumah. Terminologi seperti E- Learning ( E- Pembelajaran ), Online Conference , CD Based Learning, Chat Room dan Internet semakin menjadi tarikan dan topik perbualan masa kini. Selain daripada bertujuan mengenalpasti dan menghasilkan koswer berorientasikan grafik dan animasi, ia juga bertujuan untuk menilai keberkesanannya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penggunaan visual yang di sertakan dengan grafik dan animasi sebagai elemen penting dalam pembangunan koswer adalah berdasarkan kepada keperluan teknologi pendidikan terkini yang ingin menumpukan kepada silibus yang lebih menarik dan interaktif. Dengan adanya teknologi yang membolehkan koswer-koswer interaktif ini dibangunkan, diharapkan dapat membantu dan meningkatkan produktiviti proses pembelajaran masa kini.