Potensi kitar semula dalam industri pembinaan: kajian kes Daerah Batu Pahat, Johor
Perkembangan pembangunan di Malaysia telah menggalakkan peningkatan penjanaan sisa bahan pembinaan. Isu lebihan bahan binaan di tapak bina dan pengurusannya yang lemah menyebabkan berlakunya pembaziran bahan yang boleh dikitar semula. Objektif kajian adalah untuk mengkaji sisa bahan binaan yang terh...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2850/ http://eprints.uthm.edu.my/2850/1/553%2D559.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkembangan pembangunan di
Malaysia telah menggalakkan peningkatan
penjanaan sisa bahan pembinaan. Isu lebihan
bahan binaan di tapak bina dan pengurusannya
yang lemah menyebabkan berlakunya
pembaziran bahan yang boleh dikitar semula.
Objektif kajian adalah untuk mengkaji sisa bahan
binaan yang terhasil di tapak bina serta potensi
kitar semula dan mengkaji tahap pemahaman
kontraktor terhadap program kitar semula.
Kajian ini memfokuskan hanya kepada
kontraktor kelas A dan B sahaja di daerah Batu
Pahat, Johor. Kajian dijalankan menggunakan
kaedah soal selidik dan sejumlah 9 kontraktor
telah dipilih sebanai sampel. Hasil kajian
menunjukkan bahawa sisa kayu adalah bahan
yang paling tinggi dijana dengan nilai min purata
sebanyak 3.88, diikuti oleh penjanaan daripada
logam besi dan bata dan tong cat adalah masingmasing
pada purata min sebanyak 3.33 dan 3.22.
Manakala penjanaan bahan fibre adalah paling
rendah iaitu dengan nilai min 1.66. Jumlah
peratusan bahan yang berpontensi untuk dikitar
semula berdasarkan anggaran pihak kontraktor
menunjukkan kuntiti penjanaan berada pada
tahap ’sederhana’ dan ’banyak’. Hasil kajian
terhadap potensi kitar semula menunjukkan
majoriti responden faham tentang kitar semula
dan bersetuju bahawa jumlah sisa binaan yang
dikitar semula membantu mengurangkan sisa
binaan di tapak bina. Justeru, dalam masa yang
sama dapat mengurangkan masalah pencemaran
alam sekitar di tapak pembinaan. |
|---|