Pengaruh adukan dan kepekatan partikel silicon karbida sebagai penguat terhadap kelakuan salutan komposit matriks nikel
Di dalam penyelidikan ini, salutan komposit matriks nikel (Ni) yang diperkuat dengan partikel silikon karbida (Sic) telah diendapkan ke atas substrat keluli lembut secara sadur elektrik. Penyelidikan ini dijalankan dalam tiga peringkat kajian: Peringkat I, Peringkat I1 dan Peringkat 111. Peringkat I...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯: | |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Thesis |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2010
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.uthm.edu.my/2867/ http://eprints.uthm.edu.my/2867/1/nur_azam_badarulzaman.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Di dalam penyelidikan ini, salutan komposit matriks nikel (Ni) yang
diperkuat dengan partikel silikon karbida (Sic) telah diendapkan ke atas substrat
keluli lembut secara sadur elektrik. Penyelidikan ini dijalankan dalam tiga peringkat
kajian: Peringkat I, Peringkat I1 dan Peringkat 111. Peringkat I melibatkan
pengelektroendapan nikel tulen menerusi elektrolit Watts pada suhu 21-22°C dan
julat ketumpatan arus daripada 10 mNcm2 kepada 50 mA/cm2. Dengan
menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2 salutan nikel tulen yang paling keras
iaitu 293 Hv terhasil. Ketumpatan arus ini digunakan pada kedua-dua peringkat
ujikaji. Peringkat I1 bertujuan mendapatkan salutan komposit Ni-Sic dengan
menggunakan ketumpatan arus 30 mA/cm2, elektrolit Watts pada suhu 21-22°C yang
mengandungi partikel Sic bersaiz 10 pm pada julat kepekatan 5 g/l - 25 g/l,
pengadukan pada kadar 75 rpm serta 150 rpm dan kaedah elektrod statik. Analisis
mikroskop optik dan SEMEDX membuktikan salutan Ni-Sic berjaya diperolehi.
Peratus pengendapan Cjisim dan isipadu) partikel Sic dalam salutan adalah berkadar
terus dengan peningkatan kadar pengadukan serta kepekatan partikel Sic dalam
elektrolit. Peringkat 111 bertujuan untuk menghasilkan salutan komposit Ni-Sic,
dengan menggunakan saiz partikel Sic yang lebih kecil iaitu 1 pm. Parameter di
dalam Peringkat I1 dikekalkan dengan perincian julat pengadukan iaitu 50 rpm - 150
rpm. Analisis mikroskopi clan EDX menunjukkan salutan Ni-Sic telah berjaya dihasilkan. Hubungan linear dan parabola telah diperolehi antara kekerasan dan
pengendapan partikel Sic dalam salutan dengan peningkatan kadar pengadukan dan
kepekatan Sic di dalam elektrolit. Berdasarkan kepada analisis XRD, satah
pembelauan Ni (111) didapati paling dominan bagi salutan Ni dan Ni-Sic yang
terhasil pada ketumpatan arus 30 m.4/cm2 serta menyumbang kepada nilai kekerasan
yang tinggi selain partikel Sic. |
|---|