Latihan kemahiran di industri kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih sistem latihan dual nasional (SLDN)

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) telah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005, merupakan satu latihan yang diadaptasi dari negara Jerman dalam memberi latihan kemahiran dalam mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Pelatih akan menjalani latihan di industri dan pada masa yang sama akan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab Rahman, Azmanirah, Esa, Ahmad, Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3157/
http://eprints.uthm.edu.my/3157/1/LATIHAN_KEMAHIRAN_DI_INDUSTRI_KECIL_DAN_SEDERHANA_(IKS)_KEPADA.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) telah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005, merupakan satu latihan yang diadaptasi dari negara Jerman dalam memberi latihan kemahiran dalam mengeluarkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Pelatih akan menjalani latihan di industri dan pada masa yang sama akan mempelajari teori di Institusi Latihan. Namun begiitu jenis kemahiran yang disediakan oleh industri masih belum di kenal pasti dalam mengenalpasti dalam memenuhi kehendak industri terutama sektor pembuatan. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis latihan kemahiran yang disediakan oleh IKS kepada pelatih SLDN . Latihan kemahiran yang difokuskan adalah aspek pengetahuan dan teknikal. Sampel kajian adalah seramai 50 orang majikan yang terlibat dalam SLDN dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan jenis latihan pengetahuan yang diperlukan ialah kemahiran komunikasi dan pengurusan maklumat manakala latihan kemahiran teknikal yang diperlukan ialah kemahiran teknik kerja, kemahiran pengurusan projek, kemahiran pengurusan penyelenggaraan, kemahiran kawalan kualiti dan kemahiran pengurusan masalah.