Meninjau keperluan pendidikan keusahawanan berdasarkan kepada perspektif belia orang asli di selatan Malaysia

Peranan pendidikan keusahawanan untuk belia Orang Asli boleh menjadi komponen penting dalam mengatur strategi ekonomi untuk menggalakkan penciptaan kerjaya ke keusahawanan . Hasil daripada kajian ini menyediakan satu maklumat yang berguna dalam mengenal pasti elemen-elemen keusahawanan yang sesuai u...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: 1Mohd Hasril, Amiruddin, Norasmah, Othman
格式: Conference or Workshop Item
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/3166/
http://eprints.uthm.edu.my/3166/1/6.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Peranan pendidikan keusahawanan untuk belia Orang Asli boleh menjadi komponen penting dalam mengatur strategi ekonomi untuk menggalakkan penciptaan kerjaya ke keusahawanan . Hasil daripada kajian ini menyediakan satu maklumat yang berguna dalam mengenal pasti elemen-elemen keusahawanan yang sesuai untuk diterapkan dalam program atau pendidikan keusahawanan berdasarkan kepada trait keusahawanan yang diperlukan oleh belia Orang Asli di Selatan Malaysia. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Untuk mengumpul data, satu set soal selidik telah dibina berdasarkan tujuan kajian dan tinjauan literatur. Data kajian diperoleh daripada 365 orang belia Orang Asli yang terdiri daripada sembilan sub etnik iaitu Kintak (n=2), Bateq (n=36), Orang Kuala (n=57), Orang Seletar (n=64), Jakun (n=39), Semelai (n=9), Temuan (n=144), Temiar (n=11), dan Jah Hut (n=3). Responden juga terdiri daripada 5.9 peratus belia Orang Asli yang tinggal di Selatan Malaysia (N=6092), dari tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan (n=103), Melaka (n=33), dan Johor (n=229). Dapatan kajian menunjukkan keperluan pendidikan keusahawanan berdasarkan kepada perspektif belia Orang Asli di Selatan Malaysia yang dikaji berada pada tahap yang tinggi (min=4.21, s.p=0.78).