Profil kemahiran generik untuk graduan hospitaliti: perspektif pensyarah politeknik

Perkembangan semasa telah meningkatkan permintaan terhadap pekerja perkhidmatan yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Namun, adakah institusi pendidikan menyediakan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan kemahiran generik seperti mana yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tan, King Hiyang, Abdul Halim, Nor Hazwin Solehah
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3180/
http://eprints.uthm.edu.my/3180/1/8.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan semasa telah meningkatkan permintaan terhadap pekerja perkhidmatan yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Namun, adakah institusi pendidikan menyediakan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan kemahiran generik seperti mana yang diharapkan oleh pihak industri. Kajian ini merupakan kajian lanjutan daripada kajian Goh(2008) dan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada profil kemahiran generik perspektif majikan sektor perhotelan seiring dengan perspektif pensyarah politeknik. Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah set borang soal selidik yang dibangunkan oleh Goh(2008) dan Khalied (2008) untuk pembentukan profil mengikut perspektif sektor perhotelan. Data yang diperolehi dianalisis untuk menentukan profil kemahiran generik mengikut perspektif pensyarah politeknik. Seramai 87 orang pensyarah di empat buah politeknik diipilih sebagai responden. Dapatan kajian yang diperolehi disusun mengikut tahap kepentingan berdasarkan min skor dan sisihan piawai di mana kemahiran kepimpinan (4.54) berada pada tahap kepentingan pertama sementara kemahiran konseptual dan analisis (4.24) berada ditahap terakhir. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif majikan perhotelan dan pensyarah politeknik. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengenalpasti kesan yang mungkin tertimbul daripada perbezaan ini