Pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah menubuhkan Kolej Komuniti (KK) di setiap negeri. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil untuk mengkaji pelaksanaannya di mana kemungkinan akan dapat membantu agar penubuhannya memberi kesan yang baik kepada komuniti. Tujuan kajian adalah untuk meninj...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3233/ http://eprints.uthm.edu.my/3233/1/995.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah menubuhkan Kolej Komuniti (KK) di setiap negeri. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil untuk mengkaji pelaksanaannya di mana kemungkinan akan dapat membantu agar penubuhannya memberi kesan yang baik kepada komuniti. Tujuan kajian adalah untuk meninjau pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) di kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui dua aspek pendidikan iaitu kaedah penyampaian dalam pengajaran yang diamalkan dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan program PSH. Kolej komuniti di negeri Johor adalah terlibat secara langsung iaitu Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2. Seramai 55 orang tenaga pengajar program PSH dan 306 orang peserta telah dipilih sebagai sampel. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif dan ujian Korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah penyampaian yang digunakan dalam pengajaran program PSH dan hubungan lemah wujud antara kaedah pemilihan dengan faktor pemilihan kaedah pengajaran. |
|---|