Pendekatan pembelajaran berasaskan tempat kerja (work based learning):perspektif industri yang terlibat

Program Work Based Learning (WBL) di kolej komuniti merupakan satu program pembelajaran yang berteraskan situasi kerja sebenar atau hands-on yang melibatkan industri. Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini yang bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan platf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Razzaq, Abdul Rasid, Mustafa, Mohamad Zaid, Hadi, Mohd Yusop, Hashim, Jamaluddin, Madar, Ahmad Rizal, Mohd Kamal, Farah Syahida
Format: Conference or Workshop Item
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3241/
http://eprints.uthm.edu.my/3241/1/999.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Work Based Learning (WBL) di kolej komuniti merupakan satu program pembelajaran yang berteraskan situasi kerja sebenar atau hands-on yang melibatkan industri. Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini yang bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan platform bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program WBL namun penglibatan pihak industri masih kurang dari yang diharapkan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti motivasi utama penglibatan industri, saiz industri yang terlibat, perbezaan antara motivasi industri dengan saiz industri dan cabaran yang dihadapi oleh industri sepanjang proses kerjasama ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai perantara. Menggunakan sampelan rawak mudah 60 buah syarikat telah dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada syarikat yang telah terlibat dalam program WBL selama ini. Perisian SPSS 15.0 yang menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu kaedah Regresi Pelbagai, Frekuensi, Ujian T Tidak Bersandar dan Skor Min digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati industri bersetuju bahawa penambahbaikan suasana kerja menjadi motivasi utama untuk terlibat dan keselamatan pelajar semasa menjalani latihan menjadi cabaran penglibatan yang tertinggi dalam program WBL. Industri yang bersaiz kecil lebih berminat untuk terlibat dalam program WBL. Ujian T tidak Bersandar pula menunjukkan terdapat perbezaan antara industri kecil dan industri besar dengan motivasi penglibatan industri. Sehubungan dengan keputusan kajian yang telah diperolehi, diharapkan semua pihak yang terlibat dapat mengatur strategi dan memainkan peranan untuk menggalakkan lagi industri-industri lain menyertai program WBL dan memastikan industri yang telah terlibat masih melibatkan diri seterusnya menjayakan program tersebut demi melahirkan tenaga kerja separa mahir dan mahir yang memenuhi kehendak industri.