Aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik

Kemahiran insaniah merupakan antara kemahiran penting dalam mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan. Kekurangan maklumat tenaga pengajar serta pengurusan dan pentadbiran politeknik untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang bersesuaian dalam menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Padil, Suhaili, Esa, Ahmad
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3311/
http://eprints.uthm.edu.my/3311/1/14._Seminar_Pasca_Ijazah_2.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran insaniah merupakan antara kemahiran penting dalam mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan graduan. Kekurangan maklumat tenaga pengajar serta pengurusan dan pentadbiran politeknik untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang bersesuaian dalam menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu punca kurangnya kemahiran insaniah yang dapat diaplikasikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan bertujuan yang melibatkan 375 orang pelajar dan 260 orang pensyarah dari ketiga-tiga buah politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Jangkaan dapatan kajian mendapati tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di PPD, PKB dan POLISAS berada di tahap sederhana. Pengkaji menggunakan analisis min dan sisihan piawai serta Ujian ANOVA untuk mendapatkan hasil kajian.