Teori kepemimpinan fleksible sebagai alternatif kepada pencapaian cemerlang sekolah pada dekad 2020: satu model konsep
Teori gaya kepemimpinan yang fleksible menyumbang kepada pencapaian cemerlang sekolah. Teori ini berkait rapat dengan peranan guru besar dalam sekolah tersebut. Tiga faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi cemerlang sekolah ialah kecekapan, sumber manusia, dan kebolehubahsuai dalam s...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3314/ http://eprints.uthm.edu.my/3314/1/17._PKPGB_1.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Teori gaya kepemimpinan yang fleksible menyumbang kepada pencapaian cemerlang sekolah. Teori ini berkait rapat dengan peranan guru besar dalam sekolah tersebut. Tiga faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi cemerlang sekolah ialah kecekapan, sumber manusia, dan kebolehubahsuai dalam sekolah tersebut. Guru Besar memainkan peranan utama untuk memastikan serta memanipulasikan ketiga-tiga faktor berkenaan bagi mencapai prestasi yang diingini. Di samping tiga faktor utama tersebut, terdapat juga kriteria-kriteria lain yang turut mempengaruhi pencapaian sekolah seperti gaya kepemimpinan yang dipraktiskan di dalam sekolah, program-program pengurusan, struktur organisasi sekolah, dan inisiatif-inisiatif luar. Keperluan program dan sistem pengurusan di dalam organisasi sekolah haruslah diselaraskan dengan objektif sekolah dan perlulah bersesuaian dengan situasi semasa. Keberkesanan pencapaian sekolah memerlukan kerjasama dalam kalangan guru besar-guru besar, dan mereka mestilah fleksible dengan perubahan yang berlaku. Teori gaya kepemimpinan yang fleksible menekankan hubungan dan keperluan pemimpin (Guru Besar) dalam mengawal faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah serta keperluan ke arah kerjasama sesama mereka. |
|---|