Gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar di fakulti pendidikan teknikal
Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi ransangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola Gaya Pembelajaran Kolb dan po...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3326/ http://eprints.uthm.edu.my/3326/1/2.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam
pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam
pembelajaran serta menjadi ransangan bagi perkembangan dalam pembelajaran.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola Gaya Pembelajaran Kolb dan pola
Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 yang
mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 230
orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik
yang diterjemah daripada Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (2000) dan Inventori
Gaya Berfikir Sternberg-Wagner (1997) telah digunakan sebagai instrumen kajian
untuk pengumpulan data. Data mentah daripada soal selidik dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis
Pemusatan (Converger), diikuti dengan Penyesuaian Diri (Accomodator), Asimilasi
(Assimilator) dan Pencapahan (Diverger). Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki
(Oligarchy) paling banyak dimiliki oleh pelajat. Ini diikuti dengan bentuk gaya
berfikir jenis Monarki (Monarchic), Anarki (Anarchic) dan Hierarki (Hierarchic).
Hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan Bentuk Gaya
Berfikir Sternberg pada keertian, α = .05. Selain itu, keputusan analisis data ujian
Kruskal-Wallis H menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara keempat-empat jenis Gaya Pembelajaran Kolb ke atas keempat-empat jenis
Bentuk Gaya Berfikir Sternberg |
|---|