Pembangunan dan penilaian kualiti modul pembelajaran kendiri kemahiran berfikir dan peta minda buzan

Penggunaan modul pembelajaran kendiri merupakan satu pendekatan alternatif dan berupaya memberi sumbangan yang signifikan ke atas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, keunikan reka bentuk modul pembelajaran kendiri mengambil kira dan menekankan aspek perbezaan individu, minat dan kemampuan p...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்கள்: Tee , Tze Kiong, Md Yunos, Jailani, Othman, Widad, Mohamad, Baharom, Yee , Mei Heong, Mohamad, Mimi Mohaffyza
வடிவம்: Conference or Workshop Item
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/3331/
http://eprints.uthm.edu.my/3331/1/5.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Penggunaan modul pembelajaran kendiri merupakan satu pendekatan alternatif dan berupaya memberi sumbangan yang signifikan ke atas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, keunikan reka bentuk modul pembelajaran kendiri mengambil kira dan menekankan aspek perbezaan individu, minat dan kemampuan pelajar dalam proses pembelajaran. Satu usaha untuk membangun dan melaksanakan pendekatan pembelajaran modular ke atas kemahiran berfikir dan Peta Minda Buzan telah dilakukan. Kertas kerja ini akan membincangkan model pembangunan modul pembelajaran kendiri yang merujuk kepada Model Meyer. Fleiss's Kappa digunakan untuk menganalisis nilai kebolehpercayaan antara penilai di mana nilai kebolehpercayaan borang penilaian kualiti modul - pakar ke atas Modul Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan masing-masing ialah κ = .64 dan κ = .72 mewakili persetujuan malar antara penilai. Di samping itu, nilai kebolehpercayaan Alpha α = .85 dan .87 masing-masing diperolehi menerusi hasil analisis maklum balas 36 orang pelajar yang menggunakan borang penilaian kualiti modul – pelajar ke atas Modul Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan. Analisis ke atas respon lapan orang pakar (kandungan dan reka bentuk) menunjukkan kesemua 34 item yang merangkumi item berhubung reka bentuk dan kandungan adalah berada pada respon memuaskan dan sangat memuaskan. Dalam pada itu, secara umumnya, kesemua 36 orang pelajar juga memberi respon positif ke atas format dan kandungan kedua-dua buah modul.