Audit fasiliti fakulti kejuruteraan mekanikal di institusi pengajian tinggi awam
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengurusan fasiliti iaitu mesin kejuruteraan yang disediakan di dalam makmal Kejuruteraan Mekanikal di Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri di dua buah institusi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Kajia...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3334/ http://eprints.uthm.edu.my/3334/1/9.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengurusan fasiliti iaitu mesin
kejuruteraan yang disediakan di dalam makmal Kejuruteraan Mekanikal di Jabatan
Kejuruteraan Pembuatan dan Industri di dua buah institusi iaitu Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan
tiga buah makmal kejuruteraan JKPI iaitu Makmal Permesinan Termaju, Makmal
Perkakas Mesin Berkomputer, dan Makmal Metrologi. Kakitangan makmal telah
dipilih sebagai populasi dan sampel mewakili pihak pengurusan makmal
kejuruteraan menerusi persampelan bertujuan (purposive sampling), manakala
pelajar tahun akhir dan pensyarah di JKPI telah dipilih untuk mewakili pengguna
makmal yang terlibat. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap
pengurusan yang dilakukan terhadap kemudahan mesin kejuruteraan yang
disediakan serta untuk mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan
antara tahap keadaan mesin kejuruteraan dan tahap pengurusannya terhadap proses
pembelajaran pelajar. Data kajian akan dianalisis menggunakan Statistical Packege
for the Social Science version 16 untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai,
peratusan serta korelasi Pearson. Kajian dijangka menunjukkan bahawa keadaan
dan tahap pengurusan mesin kejuruteraan memainkan peranan terhadap kelancaran
sesebuah proses pembelajaran pelajar di dalam makmal kejuruteraan. Beberapa
cadangan akan dikemukakan bagi menambah baik sistem pengurusan sedia ada
agar penggunaan mesin kejuruteraan yang disediakan dapat dioptimakan. |
|---|