Penerapan pembelajaran sepanjang hayat melalui pelaksanaan pendidikan asas vokasional

Kertas konsep ini menjelaskan pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional yang merupakan satu aliran pendidikan dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Akademik Harian. Fokus utama adalah kupasan berkaitan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam Pendidikan Asas Vokasiona...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi, Nur Iwani, Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3394/
http://eprints.uthm.edu.my/3394/1/Penerapan_Pembelajaran_Sepanjang_Hayat_Melalui.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas konsep ini menjelaskan pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional yang merupakan satu aliran pendidikan dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Akademik Harian. Fokus utama adalah kupasan berkaitan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam Pendidikan Asas Vokasional yang bersesuaian dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan aspek psikomotor dan kemahiran tangan yang dilaksanakan dalam persekitaran vokasional sepenuhnya. Struktur kurikulum Pendidikan Asas Vokasional merangkumi tiga komponen iaitu Jati Diri, Teknologi Vokasional dan juga Kemahiran Vokasional selain dari Kemahiran Keusahawanan yang diajar secara merentas kurikulum sepanjang tiga tahun pengajian yang menjurus kepada pembinaan jati diri, pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional. Pembentukan masyarakat yang berilmu melalui penerapan pembelajaran sepanjang hayat turut diketengahkan dengan menjelaskan pelbagai aktiviti pembelajaran dalam Pendidikan Asas Vokasional yang boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kertas konsep ini turut mengemukakan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional demi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa peka serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Akhir sekali, diharapkan melalui penerapan pembelajaran sepanjang hayat ini mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran, bersedia dengan alam dunia pekerjaan dan akan menjadi tenaga kerja yang berkemampuan untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara.