Transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional. Pengumuman transformasi pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri telah melonjakkan kedudukan aliran vokasional dalam sistem pendidikan negara. Transformasi pendidikan vokasional adalah perl...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்கள்: Warman, Sarebah, Ab Hadi, Mohd Yusop, Esa, Ahmad
வடிவம்: Conference or Workshop Item
வெளியீடப்பட்டது: 2012
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/3398/
http://eprints.uthm.edu.my/3398/1/TRANSFORMASI_PEDAGOGI_KEMAHIRAN_DI_KOLEJ.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan transformasi pedagogi kemahiran di kolej vokasional. Pengumuman transformasi pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri telah melonjakkan kedudukan aliran vokasional dalam sistem pendidikan negara. Transformasi pendidikan vokasional adalah perlu untuk melahirkan gunatenaga terlatih dan berkemahiran bagi memasuki pasaran kerja. Untuk melahirkan gunatenaga yang terlatih dan berkemahiran pelajar perlu mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Sehubungan dengan ini, pedagogi kemahiran guru memainkan peranan yang penting. Walaupun terdapat banyak perbincangan mengenai pedagogi tetapi perbincangan mengenai pedagogi kemahiran masih kurang. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pedagogi kemahiran yang diamalkan di kolej vokasional. Antaranya meliputi cara guru membuat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pedagogi berasaskan kemahiran serta permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh guru serta cara menangani masalah terbabit. Kaedah soalselidik dan temu bual digunakan untuk pengumpulan data. Hasil kajian ini akan digunakan untuk mereka bentuk satu model pedagogi kemahiran. Adalah diharapkan melalui model ini guru dapat memberi latihan kemahiran mengikut kaedah yang sesuai. Model ini juga boleh digunakan oleh agensi latihan kemahiran yang sesuai bagi semua peringkat umur.