Peranan PBM dalam penerapan ke terhadap budaya keusahawanan pelajar universiti awam di Malaysia

Budaya keusahawanan amat penting serta perlu sebagai pemangkin untuk membangunkan negara selaras dengan era globalisasi. Kemahiran Employability (KE) merupakan elemen utama dalam meningkatkan budaya keusahawanan. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menjadi wadah penting untuk menerapkan budaya keu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Abdullah, Kadir, Hamdan, Nik Mahmood, Nik Hasna, Buntat, Yahya, Othman, Hasyamuddin
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3545/
http://eprints.uthm.edu.my/3545/1/PERANAN_PBM_DALAM_PENERAPAN_KE_TERHADAP_BUDAYA_KEUSAHAWANAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Budaya keusahawanan amat penting serta perlu sebagai pemangkin untuk membangunkan negara selaras dengan era globalisasi. Kemahiran Employability (KE) merupakan elemen utama dalam meningkatkan budaya keusahawanan. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menjadi wadah penting untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia. Walaupun elemen keusahawanan itu tidak diajar secara langsung tetapi ianya diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan penggunaan PBM ini. Oleh itu, kajian adalah perlu untuk melihat pelaksanaan p&p berasaskan PBM dan hubungan KE dengan budaya keusahawanan pelajar kejuruteraan Universiti Awam. Kajian dijalankan ke atas pelajar tahun tiga di UTeM yang mengambil subjek kejuruteraan industri. Kaedah kajian adalah secara kuasi-experimental terhadap dua kumpulan iaitu; 1. kumpulan kawalan dan 2. kumpulan treatmen. Dapatan kajian dengan jelas menunjukkan kumpulan treatmen yang menggunakan kaedah PBM menunjukkan peningkatan penguasaan KE. Diharapkan dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan akademik universiti untuk membangun budaya usahawan melalui PBM yang akan menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti untuk negara.