Transformasi pembangunan luar bandar: kesan ke atas kesejahteraan hidup masyarakat
Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu daripada sebuah pekan kecil-t...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3550/ http://eprints.uthm.edu.my/3550/1/Persidangan_Geografi_%26_Alam_Sekitar_1.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja
berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran
sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu
daripada sebuah pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai
aktiviti penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur.
Kertas ini mengutarakan transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja telah menunjukkan
perubahan dari segi peningkatan taraf pendapatan, pemilikan harta dan kenderaan, pemilikan
peralatan moden serta perubahan gaya hidup penduduk setempat. Kesan daripada pertambahan
penduduk dan rebakan pembangunan telah memberi kesan positif dan negatif kepada penduduk.
Sudut positif yang dilihat apabila jumlah pendapatan penduduk semakin meningkat iaitu hampir
sekali ganda berbanding 20 tahun dahulu dengan majoriti responden (53.8%). Pemilikan
sesetengah kemudahan dan peralatan rumah menggambarkan kemampuan kuasa membeli
responden. Perbandingan kemampuan pemilikan peralatan elektrik penduduk berbanding dari
tahun 1990-2009 turut menunjukkan peningkatan. Hasil analisis kajian menunjukkan paling
tinggi responden memiliki telefon bimbit adalah sebanyak 66.7%, komputer 39.3% dan
melanggan internet 25.6%. Manakala dari sudut negatif yang boleh dikesan adalah berlakunya
kemerosotan tahap keselamatan dalam kalangan penduduk serta penurunan kualiti alam sekitar
menurut persepsi penduduk setempat. Justeru, transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja,
bukan sahaja membawa perubahan positif dari aspek ekonomi bahkan turut menyumbang kepada
kemerosotan dalam aspek keselamatan sosial penduduk dan persekitaran fizikal |
|---|