Pengoptimuman pra-olahan air sisa kilang kelapa sawit (POME) menggunakan kaedah elektro-penggumpalan
Industri minyak sawit adalah merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada pencemaran di Malaysia. Pelepasan air sisa kilang minyak kelapa sawit (POME) yang mengandungi pelbagai bahan organik menjadi punca kepada pencemaran air yang serius di Malaysia. Sistem olahan elektropenggumpalan diguna...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3649/ http://eprints.uthm.edu.my/3649/1/JAMILULLAIL_BIN_AHMAD_TAIB.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Industri minyak sawit adalah merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada
pencemaran di Malaysia. Pelepasan air sisa kilang minyak kelapa sawit (POME) yang
mengandungi pelbagai bahan organik menjadi punca kepada pencemaran air yang serius di
Malaysia. Sistem olahan elektropenggumpalan digunakan secara meluas untuk mengolah air dan
air sisa. Kajian ini dimulakan dengan mengenal-pasti ciri-ciri awal POME dari Kilang
Pemprosesan Minyak Sawit di Kahang, Johor. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat
keberkesanan sistem olahan elektro-penggumpalan terhadap air sisa kilang kelapa sawit. Kajian
ini melihat dan mencari keadaan optimum penyingkiran bahan pencemar di dalam POME iaitu
kesan pengaruh ketumpatan arus, jarak berkesan antara elektrod, pH dan masa enapan. Di
samping itu, analisis terhadap saiz partikel selepas proses olahan dijalankan untuk melihat
kecekapan kaedah elektropenggumpalan. Dua jenis bahan elektrod iaitu aluminium dan ferum
akan digunakan di dalam kajian ini. Kajian ini juga melihat kesan pengaruh sistem olahan
elektropenggumpalan terhadap penyingkiran COD, ammonia nitrogen, pepejal terampai dan
warna dari sampel POME. Ujikaji elektropenggumpalan dijalankan menggunakan reaktor kaca
berisipadu 4 liter dan sampel diaruskan oleh bekalan kuasa arus terus selama 30 minit.
Keputusan ujikaji menunjukkan pasangan plat Al-Al menyingkirkan parameter COD, ammonia
nitrogen, pepejal terampai dan warna pada keadaan optimum ketumpatan arus, jarak antara
elektrod, pH dan masa tahanan masing-masing 70.7 A/m2, 5 cm, pH 4 dan 30 minit. Plat Al-Al
berjaya menyingkirkan 81.4%, 83%, 84.7% dan 90.4% masing-masing COD, ammonia nitrogen,
pepejal terampai dan warna pada keadaan optimum tersebut. Pasangan plat Fe-Fe pula
menunjukkan keadaan optimum di capai pada 53.3 A/m2, 10 cm, pH 4 dan 15 minit masingmasing
untuk ketumpatan arus, jarak antara elektrod, pH dan masa tahanan. Penyingkiran COD,
ammonia nitrogen, pepejal terampai dan warna di capai masing-masing 81.4%, 92.6%, 95.6%
dan 77.9%. Gabungan pasangan plat Al-Fe pula menunjukkan sejumlah 80.7%, 86.3%, 88.1%
dan 89.6% parameter COD, ammonia nitrogen, pepejal terampai dan warna berjaya disingkirkan
pada keadaan optimum ketumpatan arus, jarak antara elektrod, pH dan masa tahanan masingmasing
53.3 A/m2, 5 cm, pH 4 dan 15 minit. Gabungan pasangan plat Fe-Al pula menunjukkan
keadaan optimum yang sama pada penggunaan pasangan plat Al-Fe. Penyingkiran COD,
ammonia nitrogen, pepejal terampai dan warna masing-masing sebanyak 82.9%, 88.3%, 87.2%
dan 90.3% telah dicapai. Analisis saiz partikel pula menunjukkan bahawa saiz asal partikel
sebelum olahan adalah pada 20 μ unit. Penggunaan dos 500, 1000, 2000, 2500 dan 3000 mg/L
Al2SO4, masing-masing menunjukkan saiz flok 96, 101, 113, 116 dan 86 mu untuk pasangan plat
Al-Al. Manakala di dapati saiz partikel POME terbentuk sehingga 73, 86, 92, 126, 105 dan 101 μ
masing-masing pada kuantiti bahan bantu gumpal yang sama. Daripada keputusan ujikaji yang
telah dijalankan, sistem olahan elektropenggumpalan dilihat berupaya mengolah POME dengan
baik dan boleh menjadi olahan alternatif kepada POME. |
|---|