Pembinaan keupayaan dalam pelancongan Orang Asli: satu kajian kes dalam komuniti Mah Meri

Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang ingin membincangkan pembinaan keupayaan komuniti Mah Meri dalam Pelancongan Orang Asli. Masalah kemiskinan merupakan isu utama dalam kalangan Orang Asli. Ia turut disokong dengan pelbagai isu yang lain seperti penghijrahan, keterbukaan minda, dan kekuran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roddin, Rohayu, Sultan Sidi, Noor Sharipah
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3985/
http://eprints.uthm.edu.my/3985/1/195_%2D_Rohayu.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang ingin membincangkan pembinaan keupayaan komuniti Mah Meri dalam Pelancongan Orang Asli. Masalah kemiskinan merupakan isu utama dalam kalangan Orang Asli. Ia turut disokong dengan pelbagai isu yang lain seperti penghijrahan, keterbukaan minda, dan kekurangan pengetahuan. Oleh itu, melihat penglibatan komuniti Orang Asli dalam pelancongan merupakan satu pendekatan yang baru dalam merubah nasib komuniti ini yang sering diistilahkan sebagai komuniti terpinggir, miskin dan mundur. Pelancongan banyak membawa kesan positif terutama kepada komuniti miskin dan pembangunan pelancongan tidak perlu modal yang besar dengan cukup mengembangkan potensi yang ada dalam komuniti tersebut. Ini kerana sumber-sumber pelancongan telah tersedia di sesebuah destinasi seperti keindahan persekitaran. Manakala penduduk tempatan juga berupaya menjadi aset pelancongan yang dapat menarik perhatian pelancong melalui keunikan budaya, adat dan juga cara hidup. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi pengkaji mengambil pengalaman daripada satu komuniti Orang Asli yang berjaya dengan keterbukaan minda mereka terhadap industri pelancongan dengan menjadikan komuniti ini sebagai kajian kes untuk mengetahui pembinaan keupayaan mereka melalui penglibatan dalam Pelancongan Orang Asli. Implikasi kajian ini diharap mampu untuk menjadi inspirasi kepada komuniti Orang Asli yang lain untuk menjadikan aktiviti pelancongan sebagai salah satu peluang kerjaya yang positif selain menyumbang sumber pendapatan sampingan mereka.