Pendidikan vokasional pelajar berkeperluan khas ke arah memenuhi pasaran pekerjaan

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Kajian kes ini cuba untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar berkeperluan khas sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan. Lapan orang gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Yusof, Anizam, Mohd Ali, Manisah, Mohd Salleh, Amla
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3988/
http://eprints.uthm.edu.my/3988/1/269_%2D_Anizam.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sekolah merupakan satu institusi pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Kajian kes ini cuba untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar berkeperluan khas sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan. Lapan orang guru di sekolah menengah pendidikan khas vokasional telah ditemu bual menggunakan satu set protokol temu bual. Guru yang ditemu bual mempunyai pengalaman lebih lima tahun mengajar pelajar berkeperluan khas di sekolah tersebut. Data temu bual yang diperoleh telah ditranskripsikan dalam bentuk verbatim. Kata kunci atau frasa telah diekstrak, dikelompokkan, dan diterjemahkan dalam bentuk tema. Tema-tema yang timbul adalah kemahiran asas, kemahiran berkaitan dengan pekerjaan, kemahiran interpersonal dan kualiti peribadi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah menerapkan kemahiran kebolehkerjaan (employability) kepada pelajar berkeperluan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepada penyediaan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai berdasarkan kekuatan dan kebolehan pelajar berkeperluan khas.