Dinamisme politik dan pembangunan: antara mempusakai tradisi vs melestarikan perubahan; pengalaman UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa idaman
Menurut Sir Winston Chuchill Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk, namun tidak ada sebarang cara lain yang lebih baik daripada itu.Jean Jacques Rosseau seorang pemikir politik Perancis abad ke 18 pernah berkata jika ada satu masyarakat yang terdiri daripada dewa-dewa, masyarakat...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3990/ http://eprints.uthm.edu.my/3990/1/DINAMISME_POLITIK_DAN_PEMBANGUNAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Menurut Sir Winston Chuchill Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk, namun tidak
ada sebarang cara lain yang lebih baik daripada itu.Jean Jacques Rosseau seorang pemikir politik Perancis
abad ke 18 pernah berkata jika ada satu masyarakat yang terdiri daripada dewa-dewa, masyarakat itu
akan dapat diperintah secara Demokrasi, pemerintahan yang begitu sempurna itu tidak sesuai untuk
manusia. Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Lincoln (1861-1865) pernah mengungkapkan satu
madah masyhur yang berbunyi, demokrasi ini adalah daripada rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat.’ Atas
nama Demokrasi jugalah makanya kertas ini ditulis bertujuan untuk memaparkan bagaimana sebuah
Parti politik UMNO yang berteraskan kepada etnik Melayu, juga merupakan tonggak kepada kerjasama
politik Barisan Nasional (BN) dan negara Malaysia di mana presidennya juga merupakan Perdana Menteri
tetapi senantiasa melakukan perubahan demi perubahan dan tidak menafikan hak-hak etnik lain di dalam
negara yang didiami bersama diwaktu yang sama juga tidak mengenepikan asas dan asal perjuangan parti
semenjak penubuhannya. Tempoh jangka masa 66 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesebuah negara,
namun dalam tempoh singkat tersebut Malaysia telah berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan
daripada sebuah negara yang terjajah kepada sebuah negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara
pertanian kepada sebuah negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di
kawasan luar bandar dalam kemiskinan kepada negara di mana majoriti warganya di kawasan bandar dan
berada di dalam kelas menengah. Parti politik UMNO sebagai sebuah parti politik terbesar memainkan
peranan yang sangat utama serta penting di dalam merealisasikan transformasi ini. Kebijaksanaan amat
diperlui agar senantiasa berada dihati rakyat dalam urusan mengorban, mencairkan ataupun mengakrabi
agar yang dikendong tidak berciciran dan di kejar tak dapat. Menafikan atau sebaliknya, jelas Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah berjaya di dalam agenda perjuangannya memperjuang,
membina, memperkasa, merundingi-tegas bicara, memelihara dan pada ketika yang sama intipati itu turut
di sumbangkan oleh lawan-seterunya atas nama pembinaan negara bangsa yang di idamkan. |
|---|