Isu konflik tanah adat bagi Orang Asli di Malaysia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah menerima kira-kira 500 aduan berkaitan isu tanah adat, di sepanjang 11 hari Konsultasi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat yang dijalankan di negeri Sabah. Pembangunan di luar bandar telah mewujudkan konflik tanah dalam kalangan pihak pemaju dan masyarakat se...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3991/ http://eprints.uthm.edu.my/3991/1/ISU_KONFLIK_TANAH_ADAT_BAGI_ORANG_ASLI.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah menerima kira-kira 500 aduan berkaitan isu tanah adat, di sepanjang
11 hari Konsultasi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat yang dijalankan di negeri Sabah. Pembangunan
di luar bandar telah mewujudkan konflik tanah dalam kalangan pihak pemaju dan masyarakat setempat.
Objektif utama kertas kerja ini adalah menerangkan kerangka teori bagi mencapai kesamarataan hak bagi
Orang Asli dalam konteks pembangunan orang asli. Kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada kupasan
literatur yang telah dijalankan bagi menerangkan kerangka teori yang tertumpu kepada kesamarataan
hak bagi Orang Asli. Di antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu tanah adat di Malaysia, sistem
perundangan mengenai pengurusan tanah dan tanah adat dan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh
pihak berkuasa dalam menangani isu tanah adat yang berlaku. Hasil kajian dijangka dapat menambah
pengetahuan mengenai isu tanah adat yang berlaku dan melihat kepada keberkesanan penyelesaian
konflik yang berlaku di antara pihak kerajaan dan masyarakat yang terlibat. |
|---|