Pandangan warga tua di rumah warga tua: kajian kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru

Populasi warga tua semakin meningkat di seluruh dunia dengan pesat termasuk di Malaysia. Populasi warga tua semakin meningkat hari ke hari dan terdapat banyak halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Kebanyakan suasana persekitaran alam bina tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya ta...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்கள்: Sanmargaraja, Shalini, Ta Wee , Seow
வடிவம்: Conference or Workshop Item
வெளியீடப்பட்டது: 2013
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/3996/
http://eprints.uthm.edu.my/3996/1/PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_WARGA_TUA.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Populasi warga tua semakin meningkat di seluruh dunia dengan pesat termasuk di Malaysia. Populasi warga tua semakin meningkat hari ke hari dan terdapat banyak halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Kebanyakan suasana persekitaran alam bina tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya tanpa bantuan daripada orang lain. Warga tua yang menarik diri daripada masyarakat selama ini mestilah dibawa semula untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kemurungan yang seterusnya boleh menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Bilangan penghuni yang semakin meningkat menyebabkan fasiliti yang sediada tidak mencukupi. Objektif kertas ini adalah untuk mengkaji penyediaan fasiliti untuk warga tua di rumah warga tua dan mengkaji pandangan penghuni semasa berada di rumah warga tua. Daripada instrumen borang soal selidik, didapati bahawa bilangan penghuni yang bersifat sementara juga menyusahkan pihak pengurus untuk merancang dan menyediakan fasiliti yang baru. Kebanyakan responden berpandangan bahawa mereka berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan. Kesemua responden mencadangkan bahawa adalah baik sekiranya semua fasiliti yang disediakan di kawasan kajian dibaiki dan dilakukan penambaikan untuk menambah bilangan fasiliti yang disediakan supaya fasilitifasiliti ini selaras dengan pertambahan golongan ini di negara kita. Selama ini golongan tua mengharungi kesusahan yang dihadapi dengan bersendirian tanpa bantuan daripada pihak luar. Terdapat juga sebilangan kecil responden menyatakan bahawa pengurus tidak mengambil berat mengenai keperluan penghuni di rumah warga tua yang dikelolakan oleh pihak kerajaan. Cadangan penambahbaikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu reka bentuk luaran dan reka bentuk dalaman serta papan tanda di dalam dan luar bangunan rumah warga tua. Perancangan yang teratur perlu dirancang untuk menempuhi perubahan dalam struktur demografi.