Pembangunan kemahiran generik pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum : satu kajian kes

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum. Selain daripada itu, penyelidikan juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pembangunan kemahiran generik di antara pelajar normal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Esa, Ahmad, Mohd Yunos , Jailani, Kaprawi, Noraini
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4000/
http://eprints.uthm.edu.my/4000/1/Kertas_kerja_lengkap._UMS_2006.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar istimewa di politeknik menerusi kegiatan kokurikulum. Selain daripada itu, penyelidikan juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pembangunan kemahiran generik di antara pelajar normal dan pelajar istimewa menerusi kegiatan kokurikulum. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel yang melibatkan pelajar di sebuah politeknik di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan data dianalisis menggunakan program SPSS. Dapatan kajian menunjukkan menerusi kegiatan kokurikulum bukan sahaja mendapat faedah daripada segi kecergasan fizikal tetapi dapat membangunkan kemahiran generik kepada pelajar seperti kemahiran membuat keputusan, kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kemahiran yang menunjukkan mereka kurang memberi persetujuan, dapat dibangunkan menerusi kokurikulum seperti kemahiran komunikasi, interpersonal, penyelesaian masalah dan pengurusan. Ujian t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan pembangunan kemahiran generik di antara pelajar normal dan pelajar istimewa menerusi kegiatan kokurikulum. Secara keseluruhannya, hasil kajian telah membuktikan bahawa kegiatan kokurikulum di kalangan pelajar istimewa adalah penting kerana dapat menyumbang kepada pembangunan kemahiran generik yang boleh mereka aplikasikan apabila menceburi alam pekerjaan.