Persepsi pelajar terhadap program kerjaya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kepekaan pelajar terhadap persediaan ke alam pekerjaan adalah penting dalam memastikan mereka memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti. Untuk itu, elemen-elemen yang dapat menambah nilai dalam diri mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan adalah menjadi tumpuan yang tinggi dal...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| 格式: | Conference or Workshop Item |
| 出版: |
2013
|
| 主题: | |
| 在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/4006/ http://eprints.uthm.edu.my/4006/1/Kertas_kerja_penuh_Persidangan_Antarabangsa_Kaunseling_2012_Edit_1.pdf |
| 标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
| 总结: | Kepekaan pelajar terhadap persediaan ke alam pekerjaan adalah penting dalam memastikan mereka memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti. Untuk itu, elemen-elemen yang dapat menambah nilai dalam diri mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan adalah menjadi tumpuan yang tinggi dalam dunia penyelidikan masa kini. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap program kerjaya di UTHM. Reka bentuk kajian ialah tinjauan deskriptif. Populasi kajian ialah pelajar semester akhir Fakulti kejuruteraan UTHM sesi 2011/2012 iaitu seramai 715 pelajar. Sampel dipilih secara bertujuan yang melibatkan seramai 320 pelajar yang telah mengikuti program kerjaya anjuran UTHM pada tahun 2011. Instrument kajian ialah soal selidik dan data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan Program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS ) versi 17. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pesepsi pelajar terhadap program kerjaya UTHM adalah sangat memuaskan. Hasil kajian juga menunjukkan tiada perbezaan persepsi kepuasan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap program kerjaya yang dilaksanakan di UTHM. Bagi mengoptimumkan peranan kaunselor dalam melaksanakan program kerjaya adalah disarankan agar mereka meningkatkan promosi bagi setiap program kerjaya yang hendak dilaksanakan. |
|---|