Amalan pengurusan risiko sukan pensyarah institusi pendidikan guru Malaysia : proposal kajian

Pengurusan risiko penting dalam industri sukan bagi menyedia dan memastikan persekitaran selamat untuk setiap program sukan . Pengurusan risiko sukan bertujuan bagi mengawal , mengelak dan meminimakan risiko kemalangan dan kecederaan. Negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom telah gu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Fatimah, Esa, Ahmad
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4024/
http://eprints.uthm.edu.my/4024/1/1st_UMS_International_Sports_science_Conference_(UMS)_2013.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan risiko penting dalam industri sukan bagi menyedia dan memastikan persekitaran selamat untuk setiap program sukan . Pengurusan risiko sukan bertujuan bagi mengawal , mengelak dan meminimakan risiko kemalangan dan kecederaan. Negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom telah guna pakai model pengurusan risiko yang standard . Ini menunjukkan organisasi yang menawarkan atau melaksanakan program atau aktiviti sukan, model pengurusan risiko sukan sangat penting dan perlu ada satu model yang standard. Walau bagaimana pun institusi pendidikan di Malaysia tiada model amalan pengurusan risiko sukan yang standard yang boleh diguna pakai oleh guru, pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sukan.Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Amalan Pengurusan Risiko Sukan (APRS) Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia . Bagi mengenal pasti komponen APRS , pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan protokal temu bual pakar. Data analisis dokumen dianalisis menggunakan kaedah meta analisis bagi mengenal pasti faktor APRS, manakala data temubual pakar di analisis secara manual menggunakan jadual matriks kekerapan. Analisis keboleh percayaan Cohen Kappa diguna bagi menentukan indeks persetujuan keseluruhan item bagi setiap konstruk amalan pengurusan risiko sukan. Dapatan nilai pekali Kappa secara keseluruhannya adalah 0.82 , iaitu menunjukkan tahap persetujuan yang sangat baik . Hasil dapatan kajian mendapati komponen utama APRS adalah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan.