Kesediaan menceburi kerjaya perguruan: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar IPT aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional

Merancang perkembangan kerjaya amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Perancangan kerjaya yang rapi dan tepat dapat menyumbang kepada melahirkan individu pekerja yang memberi faedah maksima kepada organisasi pekerjaan. Mengikut James C. Hansen, Robert H. Rossberg dan Stanley H. Cramer (199...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Hadi, Mohd Yusop
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4112/
http://eprints.uthm.edu.my/4112/1/Kesediaan_Menceburi_Kerjaya_Perguruan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Merancang perkembangan kerjaya amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Perancangan kerjaya yang rapi dan tepat dapat menyumbang kepada melahirkan individu pekerja yang memberi faedah maksima kepada organisasi pekerjaan. Mengikut James C. Hansen, Robert H. Rossberg dan Stanley H. Cramer (1994) perkembangan kerjaya yang lengkap akan melalui empat peringkat perkembangan iaitu peringkat: pertumbuhan (growth), penerokaan (exploration), pembentukan (establishment), penyelenggaraan (maintenance), dan penurunan (decline). Peringkat pertumbuhan, penerokaan, dan pembentukan seharusnya dikuasai dengan baik oleh individu pekerja sebelum mereka diterima bekerja. Ianya merupakan sebahagian besar daripada kriteria kesediaan individu menceburi kerjaya. Kesediaan yang sempurna akan memudahkan berlakunya proses penyelenggaraan dan proses penurunan yang tidak merugikan organisasi pekerjaan. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di sebuah institusi pendidikan tinggi awam. untuk melihat kesediaan mereka untuk menceburi bidang perguruan. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan menceburi bidang kerjaya ini masih berada di tahap sederhana tetapi mempunyai potensi untuk dipertingkatkan lagi. Berdasarkan dapatan kajian beberapa cadangan dibuat untuk mempertingkatkan kesediaan mereka menceburi kerjaya perguruan.