Pendekatan program satu daerah satu industri (SDSI) dalam melestarikan keupayaan pelancongan desa: satu kajian dalam komuniti Orang Asli

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu pemangkin kepada komuniti Orang Asli memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat luar sebagai tarikan pelancong.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih golongan Orang Asli dari suku kaum Mah Meri, Kampung Sungai Bumbun sebagai kajian kes.Pe...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang-pengarang Utama: Roddin, Rohayu, Ab. Hadi, Mohd Yusop, Yusof, Yusmarwati, Mukhtar , Marina Ibrahim, Sultan Sidi, Noor Sharipah
Format: Conference or Workshop Item
Diterbitkan: 2013
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/4133/
http://eprints.uthm.edu.my/4133/1/Unlock%2Dpendekatan_program_satu_daerah_satu_industri.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu pemangkin kepada komuniti Orang Asli memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat luar sebagai tarikan pelancong.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih golongan Orang Asli dari suku kaum Mah Meri, Kampung Sungai Bumbun sebagai kajian kes.Penglibatan dan pendedahan Komuniti Mah Meri dalam banyak program SDSI menunjukkan bahawa pelaksanaan dan penglibatan mereka dalam mengembangkan sektor pelancongan perlu dikaji secara mendalam agar kejayaan mereka dapat menjadi model kepada komuniti Orang Asli yang lain. Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat proses kejayaan komuniti ini dalam pembinaan keupayaan melibatkan faktor dalaman dan luaran bagi mengembangkan sumber ekonomi demi generasi sekarang dan juga generasi akan datang. Pengkaji juga akan melihat penerapan konsep lestari yang diamalkan dalam komuniti ini menerusi perusahaan yang dijalankan dalam mengekalkan sektor pelancongan desa.