Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel
Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejurutera...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2012
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/4168/ http://eprints.uthm.edu.my/4168/4/ROSLENA_CHE_JUHAN_NEGARA.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan
Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar
dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap
keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak
berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan
adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah
dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah
Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan
hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science
Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis
menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA.
Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan
Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan
alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan
alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala
hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh
pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu,
pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko
berlakunya kemalangan di dalam bengkel. |
|---|