Keberkesanan pembelajaran aktif terhadap pencapaian pelajar perempuan dalam biologi

Pembelajaran aktif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar berbanding pembelajaran konvensional. Kajian dijalankan terhadap pelajar perempuan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Nasir, Hafiza
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4219/
http://eprints.uthm.edu.my/4219/1/HAFIZA_BINTI_MD_NASIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran aktif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar berbanding pembelajaran konvensional. Kajian dijalankan terhadap pelajar perempuan yang mengambil mata pelajaran Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan iatu kumpulan kawalan seramai 30 orang pelajar dan kumpulan eksperimen seramai 30 orang pelajar. Kaedah eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak serupa (pra test-pasca test- equivalent Control Group Design) digunakan untuk mendapatkan data daripada kedua-dua kumpulan sampel kajian. Ujian pra dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan untuk melihat pencapaian awal. Selepas itu, kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran konvensional iaitu syarahan, pembelajaran yang berpusatkan guru. Manakala kumpulan eksperimen pula diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran aktif. Selama dua bulan, selepas tamat pengajaran, kedua-dua kumpulan pelajar diberi soalan ujian pasca. Data dianalisis dengan menilai dan membandingkan min tahap pencapaian sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan dengan menggunakan Rasch model iaitu perisian Winsteps versi 3.69.1.11. Kajian nilai min tahap pencapaian kumpulan eksperimen adalah 0.73 lebih tinggi berbanding min tahap pencapaian bagi kumpulan kawalan ialah 0.45. Secara keseluruhannya, pembelajaran aktif berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar perempuan dalam Biologi. Implikasi dapatan kajian adalah dicadangkan bahawa pembelajaran aktif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar.