Kecerdasan pelbagai dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Kecerdasan pelbagai merupakan satu elemen penting yang perlu dikenalpasti dalam diri pelajar sejak awal persekolahan lagi, matlamatnya ialah bagi melahirkan modal insan yang sempurna disamping kecerdasan – kecerdasan yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai di kalangan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4220/ http://eprints.uthm.edu.my/4220/1/HAMIDAH_BINTI_MOHAMED.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kecerdasan pelbagai merupakan satu elemen penting yang perlu dikenalpasti dalam
diri pelajar sejak awal persekolahan lagi, matlamatnya ialah bagi melahirkan modal
insan yang sempurna disamping kecerdasan – kecerdasan yang lain. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar Kemahiran
Hidup Bersepadu. Kajian ini juga melibatkan 153 orang responden sebagai sampel
secara rawak berlapis daripada jumlah populasi seramai 854 orang responden
daripada sebuah sekolah menengah. Satu set soal selidik yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B telah diedarkan kepada responden. Soal
selidik Bahagian B mengandungi 53 item yang berkenaan dengan kecerdasan
pelbagai yang telah diperolehi daripada Sulaiman, T. Et. al (2011) dan dimurnikan
semula bersesuaian dengan kajian. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan Model Rasch dengan perisian Winsteps Versi 3.69.1.11 untuk
mendapatkan variable map, purata tahap persetujuan, logit dan nilai item measure
dan DGF (Differential Group Functioning) bagi menjawab setiap soalan kajian
populasi dan sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan responden
mempunyai logit diantara -1 hingga 1. Terdapat perbezaan yang signifikan
kecerdasan responden berdasarkan jantina dan elektif iaitu intrapersonal t =5.83 ( p
= 0.00), linguistik t = 2.42 (p = 0.02) dan natrulis nilai t = -3.67 (p = 0.00). |
|---|