Kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia

Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020 memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Dalam jumlah itu, 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang berkelayakan sijil. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan prog...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்: Tormudzi, Intan Nazrifa
வடிவம்: Thesis
வெளியீடப்பட்டது: 2012
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/4224/
http://eprints.uthm.edu.my/4224/1/INTAN_NAZRIFA_BT_TORMUDZI.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020 memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Dalam jumlah itu, 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang berkelayakan sijil. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering pada tahun 2002. Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia dengan mengkaji impak pendidikan kemahiran khas terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti, tahap minat mereka dan juga mengkaji halangan yang menghadkan peluang graduan ini untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang merupakan graduan bermasalah pendengaran program Kemahiran Khas Pengurusan Hotel dan Katering di PIS dan juga 30 orang pengurus sumber manusia dari industri hospitaliti. Menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian, data dianalisa dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 bagi mendapatkan nilai peratusan, kekerapan dan purata skor min. Hasil dapatan menunjukkan impak pendidikan yang positif terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran (Min=4.09). Tahap minat graduan juga berada pada tahap yang tinggi (Min=4.12). Halangan dan kekangan terdiri daripada masalah komunikasi, perasaan rendah diri, kekurangupayaan mereka dan layanan industri berada pada tahap yang tinggi (Min= 3.89). Dapatan ini juga disokong dengan dapatan dari temubual yang dijalankan. Secara keseluruhannya, walaupun pendidikan kemahiran khas membantu graduan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai minat untuk bekerja dalam industri, halangan dan kekangan yang ada menyebabkan tidak semua graduan berpeluang bekerja dalam industri hospitaliti. Majikan dalam industri hospitaliti diharapkan dapat mengubah persepsi terhadap golongan ini kerana mereka mempunyai kelayakan dan mampu bekerja dalam industri hospitaliti sekiranya diberi peluang.