Implikasi kelayakan SKM pada graduan kejuruteraan dan teknikal: perspektif stakeholders

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perspektif majikan dan pensyarah terhadap keperluan kelayakan SKM pada graduan bidang kejuruteraan dan teknikal. Kajian ini juga memberi fokus kepada kebolehan kerja yang terdapat pada diri graduan lulusan SKM. Seramai 68 orang responden yang terdiri daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansor, Marlini
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4227/
http://eprints.uthm.edu.my/4227/1/MARLINI_BINTI_MANSOR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perspektif majikan dan pensyarah terhadap keperluan kelayakan SKM pada graduan bidang kejuruteraan dan teknikal. Kajian ini juga memberi fokus kepada kebolehan kerja yang terdapat pada diri graduan lulusan SKM. Seramai 68 orang responden yang terdiri daripada industri perkilangan di sekitar Batu Pahat, Johor serta 55 orang pensyarah dari tiga buah fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana, maklumat dikumpulkan melalui dua set kaji selidik iaitu set A dan set B. Borang kaji selidik set A diedarkan kepada majikan industri, manakala set B diedarkan kepada pensyarah-pensyarah. Kesemua data telah dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 16. Kepentingan SKM dan keberkesanannya pada graduan, data telah diuji dengan menggunakan skor min dan juga frekuensi. Hasil analisis menunjukkan bahawa graduan-graduan memerlukan kemahiran teknikal dan juga kemahiran pensosialan yang menjadi aspek penting dalam memenuhi keperluan sektor industri. Kemahiran teknikal tersebut terdiri daripada kemahiran operasional, kemahiran penyenggaraan dan kemahiran menguruskan projek, manakala kemahiran pensosialan pula merangkumi kemahiran kerja berpasukan, kemahiran memimpin dan juga kemahiran komunikasi. Bagi mendapatkan perbezaan perspektif antara majikan dan pensyarah, Ujian Mann Whitney U telah dilakukan. Melalui ujian tersebut, dapat dinyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan antara perspektif majikan dan juga pensyarah. Secara ringkasnya, hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kelayakan SKM ternyata dilihat sebagai kelayakan yang harus dimiliki oleh graduan untuk memberi kepentingan kepada negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Kepentingan ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan kadar perolehan negara.