Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan bagi memastikan objektif dan matlamat P&P tercapai dengan jayanya. Di IKM Johor Bahru ini, proses P&P adalah lebih tertumpu kepada bidang kemahiran praktikal hands-on di samping bidang-bidang teoritikal yang lain. Kajia...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4228/ http://eprints.uthm.edu.my/4228/1/MOHAMAD_ZAKI_BIN_MOHAMAD.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan bagi
memastikan objektif dan matlamat P&P tercapai dengan jayanya. Di IKM Johor
Bahru ini, proses P&P adalah lebih tertumpu kepada bidang kemahiran praktikal
hands-on di samping bidang-bidang teoritikal yang lain. Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar semester akhir
peringkat sijil di IKM Johor Bahru. Selain untuk mengenalpasti perbezaan gaya
pembelajaran berdasarkan jantina dan program, kajian ini juga dilaksanakan untuk
mengetahui hubungan di antara gaya-gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini melibatkan 163 orang responden yang berada di
semester akhir program sijil. Sebanyak 10 program yang terlibat di dalam kajian ini.
Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik berskala Likert lima mata
sebagai instrumen kajian. Instrumen ini mengandungi 5 soalan berkaitan demografi
responden dan 40 soalan berdasarkan Teori Pembelajaran Honey and Mumford
(1986). Kajian rintis yang melibatkan 10 orang pelajar telah dilaksanakan bagi
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai Alpha Cronbach
yang diperolehi ialah 0.922 dengan menggunakan perisian SPSS Versi 16.0. Hasil
dapatan kajian melalui Ujian Skor Min menunjukkan bahawa domain pragmatis
(min 4.07) merupakan gaya pembelajaran yang dominan. Melalui Ujian-t Tak
Bersandar pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari
segi gaya pembelajaran berdasarkan jantina. Dalam pada itu, Ujian ANOVA Sehala
pula mendapati bahawa hanya domain reflektif (0.034 < 0.05) sahaja yang
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek gaya pembelajaran
berdasarkan program. Manakala, ketiga-tiga domain yang lain adalah sebaliknya.
Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara gaya-gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.
Akhir sekali perbincangan dan kesimpulan juga turut dibincangkan serta cadangan
supaya kajian seperti ini juga dilaksanakan pula di mana-mana KKTM yang lain
supaya dapatannya boleh dibuat perbandingan. |
|---|