Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UTHM
Perkembangan dunia masa kini dan era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan pencapaian akademik, kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah atau soft skills. Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila terdapat rungutan-rungutan dari pihak majikan iaitu gradu...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4234/ http://eprints.uthm.edu.my/4234/1/noor_azyani_a.jalil.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkembangan dunia masa kini dan era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan
pencapaian akademik, kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada
kemahiran insaniah atau soft skills. Hal ini dapat dibuktikan dengan apabila terdapat
rungutan-rungutan dari pihak majikan iaitu graduan yang dihasilkan oleh pihak IPT di
Malaysia ini lemah dari kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah
atau tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan tidak mempunyai daya
kepimpinan dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen
kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini berbentuk kajian kes dan sampel bagi
kajian ini adalah seramai 30 pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum berkredit
khidmat masyarakat di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data bagi analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual dianalisis oleh pengkaji yang merupakan instrumen utama di
dalam kajian ini manakala soal selidik yang dikumpulkan dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package For the Social Science (SPSS) for Windows, Version
20.0. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat penerapan, kesedaran
dan penguasaan bagi elemen-elemen kemahiran menyelesaikan masalah menerusi
aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat di UTHM. Terdapat beberapa cadangan yang
dibuat oleh pengkaji di antaranya ialah pihak pentadbiran meletakkan syarat kepada
pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat pada semester satu
diteruskan hingga semester dua selain itu juga pensyarah menilai ketujuh-tujuh
kemahiran insaniah yang digariskan oleh pihak KPT. Cadangan yang diusulkan oleh
pengkaji diharapkan dapat memantapkan dan melahirkan graduan yang berketrampilan
bukan sahaja cemerlang dari segi kemhiran teknikal malah cemerlang dari segi
kemahiran insaniah. |
|---|