Penyediaan fasiliti OKU di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura
Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pembelajaran pendidikan khas ialah fasiliti. Kekurangan penyediaan fasiliti bagi golongan OKU atau berpendidikan khas di peringkat persekolahan dan institut pendidikan tinggi telah menyebabkan golongan ini tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa dan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4235/ http://eprints.uthm.edu.my/4235/1/noorainul_arifah.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pembelajaran pendidikan khas ialah fasiliti. Kekurangan penyediaan fasiliti bagi golongan OKU atau berpendidikan khas di peringkat persekolahan dan institut pendidikan tinggi telah menyebabkan golongan ini tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa dan sempurna seperti warga atau pelajar-pelajar yang lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar dan kakitangan sekolah terhadap fasiliti pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura seterusnya tahap penyediaan fasiliti di sekolah ini berdasarkan kepada tiga komponen iaitu aksesibiliti, reruang dan kemudahan sokongan. Rekabentuk kajian kes diaplikasikan dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif seperti borang soal selidik, temubual, analisis dokumen, pemerhatian dan nota lapangan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Hasil kajian mendapati kemudahan dari segi aksesibilti yang disediakan adalah lengkap dan meliputi keseluruhan kampus. Namun, terdapat sedikit kekurangan disebabkan bangunan lama yang diubahsuai. Selain itu dari segi reruang pula ialah baik dan terdapat beberapa aspek yang tidak mengambilkira keperluan OKU disebabkan 80 peratus pelajar yang bersekoloh disini adalah yang mengalami kecacatan dari segi masalah pembelajaran. Seterusnya, kemudahan sokongan yang disediakan adalah baik dan tidak mengabaikan keperluan untuk OKU. Keseluruhannya, penyediaan fasiliti di sekolah ini ialah 81.33 peratus iaitu suatu jumlah memadai dan melengkapi kemudahan yang diperlukan. Oleh yang demikian, bagi membina bangunan lebih mesra OKU, yang disarankan agar institusi pengajian tinggi memperkenalkan kursus berkenaan kemudahan OKU dalam pengajian senibina dan kejuruteraan bagi melahirkan pakar-pakar dalam bidang kemudahan untuk OKU walaupun sekolah yang sedia ada adalah untuk diubah suai. |
|---|