Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting di dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bukan diajar sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran. Kajian ini dijal...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4239/ http://eprints.uthm.edu.my/4239/1/NORFARHANA_BINTI_ROMELI.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting di
dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif bukan diajar sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya
perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti sejauh manakah tahap pemikiran kreatif dan kritis pelajar di Fakulti
Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Seramai 192 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri pelajar semester satu,
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini ialah Ujian Gaya Berfikir Kreatif–Kritis Yan Piaw yang mengandungi 34
item. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah
soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti
peratusan, dan kekerapan serta statistik inferens Ujian Khi Kuasa Dua untuk
Kebebasan. Dapatan kajian menunjukkan, tahap penguasaan kemahiran berfikir
kreatif-kritis pelajar DPLI majoritinya adalah pada tahap pemikiran kritis, diikuti
oleh pemikiran kreatif dan hanya sebilangan kecil mempunyai pemikiran seimbang.
Melalui analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar yang
berlainan jantina, kursus pengajian, dan pencapaian akademik. Kajian ini diharap
dapat memberi panduan kepada pendidik ataupun pengajar mahupun pihak institusi
dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
dalam pengajaran dan pembelajaran. |
|---|