Pelaksanaan transformasi politeknik premier di Malaysia

Transformasi Politeknik adalah untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran serta membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara sebagai memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya i...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: Mat Arif, Norsyahidah
Format: Thesis
Diterbitkan: 2012
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/4240/
http://eprints.uthm.edu.my/4240/4/NORSYAHIDAH_BINTI_MAT_ARIF.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Transformasi Politeknik adalah untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran serta membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara sebagai memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat aspek-aspek penting dalam menuju ke arah Transformasi Politeknik iaitu aktiviti R&D, penambahan program pengajian dan penerapan serta hubungan antara elemenelemen employability. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif berbentuk kajian deskriptif jenis tinjauan sampel yang melibatkan 300 orang pensyarah di tiga buah Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek aktiviti R&D di setiap Politeknik Premier giat dijalankan begitu juga penambahan program adalah suatu kemestian dan kurikulum perlu sentiasa dibuat penambahbaikan supaya seiring dengan keperluan semasa industri. Penerapan elemen-elemen employability yang telah diserapkan kepada para pelajar mampu menjadi nilai tambah kepada para pelajar dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka. Dari segi hubungan elemen-elemen employability pula menunjukkan hubungan yang kuat antara elemen kemahiran komunikasi dengan pengetahuan teknikal. Integrasi antara elemen akan meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar Politeknik Premier khususnya. Oleh itu, dikemukakan model pelaksanaan Transformasi Politeknik Premier dan beberapa cadangan bagi menjayakan agenda Transformasi Politeknik ini. Kesimpulannya, Transformasi Politeknik ini mampu mencapai objektifnya sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.