Pembinaan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA

Pendekatan secara Islam melalui PAFA diharapkan dapat meningkatkan kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesedaran disiplin pelajar selepas pembelajaran PAFA serta melihat sama ada terdapat perbezaan kesedaran disiplin berdasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Majid, Nurin
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4242/
http://eprints.uthm.edu.my/4242/1/NURIN_BIN_ABDUL_MAJID.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan secara Islam melalui PAFA diharapkan dapat meningkatkan kesedaran disiplin dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat kesedaran disiplin pelajar selepas pembelajaran PAFA serta melihat sama ada terdapat perbezaan kesedaran disiplin berdasarkan jantina, aliran dan gred kelas pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Subjek kajian terdiri daripada 36 orang pelajar SMK Dato’ Onn yang dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini. Satu kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Data yang dikumpulkan daripada borang Soal Selidik dianalisis menggunakan analisis Model Rasch dengan perisian Winstep versi 3.69.1.11. Data dianalisis berdasarkan Differential Group Functioning (DGF) bagi melihat perbezaan kesedaran disiplin pelajar selepas pembelajaran PAFA berdasarkan jantina, aliran dan gred kelas. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesedaran disiplin yang signifikan antara pelajar lelaki dengan perempuan setelah pembelajaran PAFA. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesedaran disiplin yang signifikan antara aliran sains dengan aliran lain. Hasil kajian hanya menunjukkan pelajar aliran teknik dan vokasional mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berbanding aliran sains dan sastera. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesedaran disiplin pelajar berdasarkan kelas. Ini menunjukkan gred kelas bukanlah faktor yang menentukan kesedaran disiplin pelajar melalui pembelajaran PAFA.