Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah dalam kelab kaunseling dan kerjaya UTHM

Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan kini telah diisytiharkan sebagai satu isu dunia. Isu ini bukan sahaja membelenggu siswazah, tetapi juga telah menarik minat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut berusaha untuk mengatasinya. Di samping pencapaian akademik yang cemerlang,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dolah, Nurziatul Adawiyah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4246/
http://eprints.uthm.edu.my/4246/1/NURZIATUL_ADAWIAH_DOLAH.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan kini telah diisytiharkan sebagai satu isu dunia. Isu ini bukan sahaja membelenggu siswazah, tetapi juga telah menarik minat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut berusaha untuk mengatasinya. Di samping pencapaian akademik yang cemerlang, graduan yang berdaya saing mesti mempunyai kemahiran insaniah (KI) yang tinggi seperti kemahiran menyelesaikan masalah yang telah disenaraikan sebagai salah satu kemahiran paling kritikal yang tidak dimiliki oleh graduan. Aktiviti ko-kurikulum dilihat sebagai satu inisiatif terbaik untuk pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah di luar suasana bilik darjah. Kelab Kaunseling dan Kerjaya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KKDK UTHM) sebagai kelab kedua tertua di UTHM telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji keberkesanan kelab tersebut dalam membekalkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar UTHM. Pengkaji telah menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan empat instrumen kajian iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual serta soal selidik untuk mengenal pasti pembentukan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan ahli KKDK UTHM. Hasil kajian mendapati bahawa KKDK UTHM menerapkan elemen kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan ahlinya. Pelajar juga sedar dan turut menguasai elemen kemahiran penyelesaian masalah yang telah di terapkan dalam KKDK UTHM.