Pembangunan kemahiran kerja bepasukan menerusi kokurikulum sukan bola sepak dalam kalangan pelajar UTHM
Penglibatan kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tingg...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4248/ http://eprints.uthm.edu.my/4248/1/RAWIYAH_BINTI_ABDUL_HAMID.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penglibatan kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT).
Penglibatan kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan
pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tinggi
dalam terhadap bakal pekerjanya. Kemahiran berpasukan merupakan salah satu
elemen Kemahiran insaniah. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti
penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan
menerusi kokurikulum bola sepak di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh penyelidik adalah berbentuk
kajian kes. Dalam kajian kes ini, penyelidik memfokuskan sekumpulan pelajar iaitu
pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum bola sepak di UTHM sebagai
sampel kajian. Penyelidik memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian kerana
melalui kajian kes, maklumat yang diperoleh amat teliti dan mendalam dapat
dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen yang digunakan adalah
borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan analisis dokumen di mana ia
digunakan untuk mengumpul data mengenai penerapan, kesedaran dan penguasaan
kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan responden. Jumlah populasi yang
terlibat adalah seramai 33 orang pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum
sukan bola sepak di UTHM. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai
sampel kajian. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 17. Hasil kajian ini
mendapati bahawa terdapat pembangunan dalam kemahiran kerja berpasukan dalam
kokurikulum bola sepak. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah
kursus menjadi role models yang dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan
yang berterusan supaya dapat menjadi ikutan pelajar. |
|---|