Tinjauan terhadap kesediaan pensyarah teknikal melaksanakan sistem Production Based Education (PBE) di IKM Johor Bahru
Production-Based Education (PBE) telah menjadi amalan terkini di negara-negara maju dalam mengatasi masalah peningkatan kos dan kecekapan program latihan vokasional. Kajian deskriptif kajian kes institusi ini berusaha meninjau pendapat responden mengenai kesediaan dari aspek kemahiran teknikal, kons...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4251/ http://eprints.uthm.edu.my/4251/1/SHABUDIN_SAID.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Production-Based Education (PBE) telah menjadi amalan terkini di negara-negara
maju dalam mengatasi masalah peningkatan kos dan kecekapan program latihan
vokasional. Kajian deskriptif kajian kes institusi ini berusaha meninjau pendapat
responden mengenai kesediaan dari aspek kemahiran teknikal, konsep PBE,
keusahawanan, inovasi dan kemahiran insaniah. Institusi dikaji tertumpu di IKM
Johor Bahru melibatkan responden seramai 96 pengajar (100 peratus) dengan
menggunakan soalselidik item berskala Likert Lima Peringkat Berhierarki yang
ditadbir secara hadir bersemuka. Data mentah dianalisis secara deskriptif untuk
menggambarkan kedudukan min bagi lima pembolehubah yang diukur, iaitu
kemahiran teknikal, konsep PBE, Keusahawanan, inovasi dan kemahiran insaaniah.
Manakala analisis inferensi menguji hipotesis menggunakan korelasi Pearson Rho
untuk melihat perhubungan antara tempoh pengalaman mengajar dan tahap
kesediaan responden. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan aspek kesediaan PBE
yang dominan adalah kemahiran teknikal (min = 4.40). Manakala ujian hipotesis
menggunakan korelasi Pearson Rho menunjukkan wujud hubungan yang amat lemah
bagi hubungan antara pengalaman mengajar dan kemahiran teknikal (r=0.045,
p=0.666), pengalaman mengajar dan konsep PBE (r=0.054, p=0.602), pengalaman
mengajar dan keusahawanan (r = -0.078, p=0.450), pengalaman mengajar dan
inovasi (r=0.045, p=0.660) serta antara pengalaman mengajar dan kemahiran
insaniah (r=0.008, p=0.935). Hasil ujian-tα = 0.05 tidak bersandar menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara jantina pensyarah teknikal dan aspek kemahiran
teknikal (p=0.015), konsep PBE (p=0.001), keusahawanan (p=0.009) dan inovasi
(p=0.005). Hasil ujian-tα = 0.05 tidak bersandar juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara jantina pensyarah dan kemahiran insaniah (p =
0.104 > 0.05). Dapatan kajian ini menyarankan usaha menambahbaik kemudahan
peralatan fizikal dan komitmen pihak pengurusan untuk menyemarakkan
perlaksanaan Sistem PBE di IKM Johor Bahru pada masa akan datang. |
|---|