Penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru Mata Pelajaran Geografi di Daerah Batu Pahat, Johor

Penggunaan media pengajaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru-guru mata pelajaran Geografi di bilik darjah. Situasi inilah yang menyebabkan penyelidik berminat untuk mengkaji penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Geografi di daerah Batu Pahat. Reka bentuk kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sidek, Shamsiah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4252/
http://eprints.uthm.edu.my/4252/1/shamsiah_sidek.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan media pengajaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru-guru mata pelajaran Geografi di bilik darjah. Situasi inilah yang menyebabkan penyelidik berminat untuk mengkaji penggunaan media pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Geografi di daerah Batu Pahat. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Populasi sampel dalam kajian ini adalah 65 orang terdiri dari guru-guru daripada sebelas buah sekolah menengah yang menawarkan elektif mata pelajaran Geografi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010 di Batu Pahat. Kajian ini menggunakan 30 sampel sahaja dipilih secara rawak berkelompok iaitu 15 orang guru lelaki dan 15 orang guru perempuan. Satu kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Data yang dikumpul daripada soal selidik dianalisis menggunakan kaedah Rasch Model Analysis yang menggunakan program Winstep versi 3.69.1.11. Kebolehpercayaan instrumen bagi kajian ini adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbach untuk soal selidik ini ialah 0.73. Dapatan kajian menunjukkan bahawa media pengajaran yang kerap digunakan oleh responden ialah media cetak buku teks dan modul serta media paparan iaitu papan tulis. Kajian ini juga mendapati pengurusan dan pentadbiran tidak mengadakan peralatan seperti LCD dan skrin di bilik darjah mempengaruhi penggunaan media pengajaran dalam kalangan responden. Melalui kajian ini 50% responden mencadangkan penyediaan komputer dan LCD di bilik darjah supaya mudah menggunakannya. Kajian mencadangkan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkat lagi penggunaan media pengajaran dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.