Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar pendidikan khas di Politeknik
Dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal tetapi juga kepada kemahiran insaniah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan serta kemahiran insaniah paling dominan yang dikuasai oleh pelajar di samping menekankan aspek perbezaan yang...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4256/ http://eprints.uthm.edu.my/4256/4/TUAN_ROSNIMAWATI_TUAN_OMAR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal tetapi
juga kepada kemahiran insaniah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji tahap penguasaan serta kemahiran insaniah paling dominan yang dikuasai oleh
pelajar di samping menekankan aspek perbezaan yang melibatkan factor jantina ke atas
penguasaan kemahiran insaniah mereka. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan digunakan
dan sampel kajian adalah mewakili keseluruhan populasi yang terdiri daripada pelajar
bermasalah pendengaran yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi. Politeknik yang terlibat dalam kajian ini adalah Politeknik Ibrahim Sultan
( Johor ), Politeknik Syed Sirajudin ( Perlis ), Politeknik Sultan Salehuddinabdul Aziz
Shah ( Selangor ) dan Politeknik Ungku Omar ( Perak ). Instrumen kajian yang
digunakan adalah soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan
statistic deskriptif dan statistic inferensi bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran
insaniah responden serta perbezaan tahap penguasaan di antara jantina. Secara
keseluruhannya, hasil kajian mendapati tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar
pendidikan khas masalah pendengaran di politeknik berada pada tahap tinggi. Hasil
dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
penguasaan kemahiran insaniah bagi pelajar lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun
terdapat beberapa aspek yang dilihat sebagai kelemahan pelajar seperti penguasaan
elemen kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah. Oleh itu hasil dapatan
kajian mencadangkan bahawa pensyarah perlu mengambil perhatian dalam melahirkan
graduan OKU yang berkualiti bukan sahaja cemerlang dari segi kemahiran teknikal
malah cemerlang dari segi kemahiran insaniah. |
|---|