Kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Lembah Kelang

Keselamatan adalah isu penting yang amat signifikan dengan kehidupan kita. Ianya perlu difahami oleh semua orang terutama sekali yang melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi seperti dalam penggunaan mesin dan penggunaan bahan kimia. Pelajar-pelajar KKTM di Lembah Kelang kebanyakan masa terlibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Ismail , Wan Sabri
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4258/
http://eprints.uthm.edu.my/4258/1/WAN_SABRI_BIN_WAN_ISMAIL.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan adalah isu penting yang amat signifikan dengan kehidupan kita. Ianya perlu difahami oleh semua orang terutama sekali yang melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi seperti dalam penggunaan mesin dan penggunaan bahan kimia. Pelajar-pelajar KKTM di Lembah Kelang kebanyakan masa terlibat dengan kerja-kerja amali di bengkel dan makmal yang sentiasa terdedah dengan risiko kemalangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran keselamatan di kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Lembah Kelang. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Crombach ialah 0.901. Seterusnya kajian sebenar dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik (questionnaires) kepada 111 responden yang terdiri dari pelajar-pelajar semester empat KKTM Beranang dan KKTM Petaling Jaya. Data yang diperolehi di analisis secara Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Melalui analisis ini nilai min, kekerapan dan peratus (means, frequency and percentage) diperolehi untuk menentukan faktor yang dominan yang mempengaruhi kesedaran keselamatan. Manakala ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan tahap kesedaran keselamatan dikalangan pelajar mengikut KKTM dan jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengendalian bahan kimia adalah faktor yang dominan yang mempengaruhi kesedaran keselamatan. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan faktor demografi (KKTM dan jantina) tidak mempengaruhi tahap kesedaran pelajar KKTM Lembah Kelang. Adalah diharapkan agar dengan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini beberapa penambahbaikan dapat dilaksanakan. Selain dari itu kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa hadapan. Dicadangkan pengkaji akan datang memberi fokus kepada perlaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di KKTM.