Kualiti hidup penghuni bangunan dalam aspek keselesaan termal dengan menggunakan pendekatan model adaptif

Keselesaan termal merupakan keperluan utama bagi seseorang penghuni sesebuah bangunan untuk melaksanakan kerja hariannya. Kepuasan optimum terhadap keperluannya akan meningkatkan kualiti hidup penghuni berkenaan. Isu yang diutarakan dalam penulisan ini ialah ketidakselesaan termal yang dihadapi oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Afzainizam, Shafii, Haryati
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4279/
http://eprints.uthm.edu.my/4279/1/v8j.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselesaan termal merupakan keperluan utama bagi seseorang penghuni sesebuah bangunan untuk melaksanakan kerja hariannya. Kepuasan optimum terhadap keperluannya akan meningkatkan kualiti hidup penghuni berkenaan. Isu yang diutarakan dalam penulisan ini ialah ketidakselesaan termal yang dihadapi oleh penghuni yang bekerja di dalam bangunan telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi psikologi dan fisiologi di tempat kerja. Kesan fisiologi dan psikologi yang selalu dihadapi oleh penghuni ialah cepat merasa letih, malas, emosi tidak stabil, kurang tumpuan pada kerja, produktiviti kerja terganggu dan gangguan terhadap kesihatan penghuni. Oleh hal yang demikian, penulisan ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teoritikal yang dicadangkan menggunakan pendekatan Model Adaptif. Pendekatan ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan tiga penyesuaian iaitu psikologi, fisiologi dan pengubahsuaian individu terhadap persekitaran termal mereka. Penyesuaian psikologi tidak boleh diukur secara langsung tetapi dapat dilihat dari segi prestasi pekerja. Prestasi pekerja berhubung kait dengan persekitaran ruang bekerja. Penyesuaian fisiologi pula hanya melibatkan sistem biologi tubuh. Prinsip adaptif turut memberi kebebasan kepada penghuni melakukan tindak balas untuk mengembalikan keselesaan mereka jika persekitaran ruang bekerja mereka menjadi tidak selesa. Akhirnya penulisan ini menjangkakan tahap keselesaan termal penghuni, zon keselesaan termal dan tindak balas penghuni terhadap persekitaran ruang bekerja dapat dikenalpasti.