Pembandaran dan tren perubahan guna tanah di luar bandar: kajian kes Parit Raja, Batu Pahat,Johor

Pembangunan luar bandar merupakan usaha kerajaan bagi memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai program pembangunan berteraskan bandar dijalankan di kawasan luar bandar. Secara tidak langsung, kawasan luar bandar yang sebelum ini d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salleh, Masni, Badarulzaman, Nurwati, Salleh, Abdul Ghani
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4283/
http://eprints.uthm.edu.my/4283/1/v22j.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan luar bandar merupakan usaha kerajaan bagi memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai program pembangunan berteraskan bandar dijalankan di kawasan luar bandar. Secara tidak langsung, kawasan luar bandar yang sebelum ini di dominasi guna tanah pertanian telah berubah kepada guna tanah bandar dan pada masa yang sama mempengaruhi fungsi pusat petempatan yang terlibat atas dasar pembandaran. Kajian ini bertujuan mengesan tren perubahan guna tanah di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor selaras dengan perkembangan pembandaran dan pembangunan semasa di Parit Raja khususnya dan Daerah Batu Pahat amnya. Menggunakan teknik pemetaan GIS, analisis dokumen serta maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian lapangan; menunjukkan bahawa terdapat perubahan guna tanah yang ketara berlaku di kawasan kajian. Perubahan ini melibatkan kemerosotan tanah pertanian kepada jenis guna tanah lain akibat dari perkembangan aktiviti perindustrian di sepanjang Koridor Industri Sri Gading Barat dan juga penubuhan institusi-institusi pendidikan tinggi. Proses pembandaran yang berlaku telah mengubah guna tanah di Parit Raja. Kefahaman tentang proses ini boleh membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk merancang pembangunan pada masa hadapan.