Faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian 5S di Kolej Vokasional
Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian 5S di Kolej Vokasional adalah untuk meroka faktor-faktor kelestarian dan mengenalpasti sumbangan setiap faktor serta tahap atribut bagi faktor dan akhir sekali untuk mengesahkan faktor-faktor kelestarian 5S di Kolej Vokasional dalam kajian ini. Hasi...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4497/ http://eprints.uthm.edu.my/4497/1/Faktor%2DFaktor_Yang_Mempengaruhi_Kelestarian_5S.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian 5S di Kolej Vokasional adalah untuk meroka faktor-faktor kelestarian dan mengenalpasti sumbangan setiap faktor serta tahap atribut bagi faktor dan akhir sekali untuk mengesahkan faktor-faktor kelestarian 5S di Kolej Vokasional dalam kajian ini. Hasil kajian ini membantu para jawatankuasa kerja dan jawatankuasa pelaksana di Kolej Vokasional berdasarkan faktor-faktor yang telah disahkan untuk mengekalkan dan melestarikan 5S di tempat mereka. Kajian ini akan disasarkan kepada jawatankuasa pelaksana dan jawatankuasa kerja di Kolej Vokasional zon timur. Kajian yang akan dijalankan adalah secara kuantitatif berdasarkan dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Kaedah persempelan yang digunakan adalah menggunakan sampel bertujuan. Pengumpulan data diperolehi dengan menggunakan set soal selidik. Data ordinal yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps melalui pendekatan Model Rasch. Dapatan kajian ini akan mengesahkan faktor yang menyumbang kepada kelestarian 5S, yang mana faktor ini berguna kepada jawatankuasa pelaksana dan kerja 5S di Kolej Vokasional untuk mengenalpasti adakah diri mereka menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk melestarikan amalan 5S. Pengkaji menjangkakan hampir keseluruhan jawatankuasa pelaksana dan kerja melaksanakan pelaksanaan 5S di Kolej Vokasional dengan lestari. Pengkaji juga mengharapkan agar hasil dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pihak lain untuk mengambil tindakan dan merancang strategi demi memastikan organisasi mereka dapat melestarikan amalan 5S. |
|---|