Aplikasi pergerakan purata eksponen 34 dalam perdagangan pertukaran mata wang asing

Penunjuk teknikal Pergerakan Purata (Moving Average) digunakan secara meluas untuk menentukan arah pergerakan (trend) harga pasangan mata wang dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Kelemahan utama yang dihadapi oleh pergerakan purata adalah ia menghasilkan isyarat palsu pada arah aliran mendatar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Surip, Miswan
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4518/
http://eprints.uthm.edu.my/4518/1/APLIKASI_PERGERAKAN_PURATA_EKSPONEN_34.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penunjuk teknikal Pergerakan Purata (Moving Average) digunakan secara meluas untuk menentukan arah pergerakan (trend) harga pasangan mata wang dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Kelemahan utama yang dihadapi oleh pergerakan purata adalah ia menghasilkan isyarat palsu pada arah aliran mendatar atau kelewatan memberi isyarat. Bagi mengatasi masalah ini, Pergerakan Purata Eksponen (Exponential Moving Average) 34 digunakan sebagai parameter tempoh dalam sistem pakar Forex atau agen pintar yang dikenali sebagai SisPaFx. Agen ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan paras tinggi iaitu Meta Quote Language atau singkatannya MQU yang berasaskan metodologi Kitar Pembangunan Sistem Penasihat. Agen pintar ini akan melaksanakan aktiviti pembelian dan penjualan dalam pasaran apabila kriteria tertentu dipenuhi. Dua ujian dijalankan selama 5 bulan bermula November 2012 sehingga March 2013 dengan menggunakan modal USD 1,000.00 (MYR 3,800.00) dan USD 10,000.00 (MYR 38,000.00) ke atas pasangan mata wang Great Britain Poundmnited State Dollar, GBPUSD. Ujian I telah menghasilkan keuntungan sebanyak 13.28% sebulan. Manakala dalam ujian II agen pintar ini menghasilkan keuntungan sebanyak 56.77% sebulan. Melalui pengujian dalam tempoh yang sama juga, agen pintar ini tidak sesuai digunakan dalam dagangan pasangan mata wang United State DollarIJapan Yen, USDJPY dan Australian Dollar1 United State Dollar, AUDUSD: Bagi membolehkan agen pintar ini membuat keuntungan yang semaksima munglun, kajian seterusnya perlu dilaksanakan dengan mengabungkan beberapa petunjuk teknikal yang lain seperti Jalur Bolinger (Bollinger Bands) dan Pergerakan Purata Pertemuan Perbezaan (Moving Average Convergence Divergence, MACD).