Pencirian A1 Cu, Sn, Pb dan pelbagai spesies kayu balak Malaysia menggunakan teknik penyerapan dan penyerakan sinar-y bertenaga 59.54 keV
Sinar gamma adalah sinaran mengion tidak langsung yang merupakan agen pemindahan tenaga. Apabila sinaran diserap oleh jirim, tenaga dipindahkan daripada alur sinaran kepada jirim. Proses penyerapan dan penyerakan sinaran merupakan tujuan utama ujikaji ini dijalankan. Kebarangkalian jumlah penyerapan...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯: | |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Conference or Workshop Item |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2013
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.uthm.edu.my/4524/ http://eprints.uthm.edu.my/4524/1/PENCIRIAN_A1_Cu%2C_Sn%2C_Pb_DAN_PELBAGAI_SPESIES.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Sinar gamma adalah sinaran mengion tidak langsung yang merupakan agen pemindahan
tenaga. Apabila sinaran diserap oleh jirim, tenaga dipindahkan daripada alur sinaran kepada
jirim. Proses penyerapan dan penyerakan sinaran merupakan tujuan utama ujikaji ini
dijalankan. Kebarangkalian jumlah penyerapan, penyerakan dan penghantaran adalah kuantiti-kuantiti
penting yang akan diukur menerusi ujikaji ini ke atas empat bahan penyerap: Al, Cu,
Sn, Pb, dan 8 spesies kayu balak Malaysia dengan pelbagai ketumpatan. Bagi mencapai tujuan
tersebut Penganalisis Berbilang Saluran (Multi-Channel Analyzer, MCA) digunakan. Didapati
fine gain yang bersamaan dengan 5.43 untuk sistem MCA adalah bersesuaian dengan tenaga
puncak sinar gamma 59.54 keV yang dipancarkan daripada radionuklid Am-241. Selanjutnya
didapati bahawa pekali pengecilan linear adalah berkadaran langsung dengan nombor atom
bahan penyerap 41, Cu, Sn and Pb. Bahan penyerap kayu balak Malaysia dengan purata
nombor atom, Z = 7.09 memberikan pekali pengecilan linear yang berkadaran langsung
dengan ketumpatan fizikal kayu. Akhirnya analisis penyerakan sinar gamma oleh Cu, Sn and
Pb menunjukkan bahawa lengkuk graf yang diperoleh adalah bersesuaian dengan lengkuk
teori menurut persamaan Klient-Nishina. Walaubagaimanapun graf lengkuk penyerakan sinar
gamma daripada Pb didapati tidak stabil disebabkan oleh kelemahan sistem pengesanan. |
|---|